Search

Aktiviti Asrama

Selain aktiviti nasyid anak-anak disini diajar bermain hadrah. Pihak pengurusan mencarikan seorang tenaga pengajar untuk melatih mereka dihujung minggu. Walaupun agak kurang mahir lagi,ada juga jemputan yang mereka terima terutamanya majlis perkahwinan.

Dimasa yang lain kita akan cuba mencari aktiviti yang lain untuk dimanafaatkan kepada mereka agar masa lapang mereka terisi dengan aktiviti yang sihat. Pada masa yang sama kita mula merangcang untuk kelas-kelas tusyen bagi yang akan menduduki peperiksaan tahun hadapan.

Untuk sekolah rendah tidak kami lupakan. Untuk mereka ini dengan bantuan TKO Utara (www.tranungkite.net)kami telah mengambil seorang guru untuk mengajar mereka disebelah malam. Dengan adanya guru ini dapat membantu mereka didalam pelajaran.


0 comments:

Activism Blogs - BlogCatalog Blog Directory Show all blogs