Mengenai aktiviti Anak-Anak Budi pada tahun ini, aktiviti masih sama dengan tahun-tahun lepas iaitu kami memberi lebih tumpuan ke arah akedemi. Pada sebelah pagi, anak-anak yang bersekolah petang akan belajar membaca al-Quran dan Muqqadam (Mengaji) dari jam 8.00am hingga 9.30am... Setelah itu, mereka akan menunaikan solat Dhuha bersama dengan Ustaz Halidi... Kemudian, mereka akan makan pagi dan mengulangkaji pelajaran / belajar fadhu ain bersama Ustaz Halidi... Jam 11.00am hingga 11.50am, anak-anak akan membuat persiapan untuk ke sekolah dan makan tengah hari... Selepas itu, mereka akan membuat pembarisan pada jam 12.00PM hingga 12.25PM... Aktiviti yang dijalankan semasa pembarisan ialah membaca do'a, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., membuat sedikit senaman serta menjawab soalan yang diberikan... Akhir sekali, mereka akan ke sekolah dengan menaiki van asrama...
Anak-anak yang bersekolah pagi pula, akan menunaikan solat Zohor secara berjemaah setelah pulang dari sekolah... Kemudian mereka akan makan tengah hari serta bersiap untuk belajar membaca Al-Quran dan Muqqadam (Mengaji)pada jam 2.30PM.. Selepas selesai mengaji, anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun akan masuk berehat manakala yang lain akan membuat kerja sekolah mereka / mengulangkaji pelajaran sementara menunggu masuknya waktu Asar dan solat berjemaah... Setelah menunaikan solat, anak-anak diberikan kebebasan untuk beriadah sehingga jam 6.15PM.. Kemudian, mereka akan mandi dan bersiap sedia untuk ke solah berjemaah Maghrib di surau berdekatan... Begitu juga, anak-anak yang bersekolah petang...
Selepas selesai solat berjemaah, mereka akan menuju ke dewan makan untuk menjamu selera... Sementara menunggu waktu Is'yak masuk, Ustaz akan memberikan tazkirah kepada anak-anak dan menunaikan solat Is'yak secara berjemaah.... Kemudian, anak-anak akan bersiap sedia untuk belajar / mengulangkaji pelajaran di ruang belajar asrama lelaki... Mereka akan belajar dari jam 9.15PM hingga 10.30Pm (sekolah rendah) manakala 11.00PM (sekolah menengah).... Setelah itu, mereka akan makan roti atau biskut sebelum masuk tidur...
Pada hari sabtu dan pagi ahad, mereka akan diberi kebebasan untuk menonton televisyen dan membuat lain-lain aktiviti... Itupun setelah mereka siap membasuh kasut sekolah masing-masing... Adakalanya juga, anak-anak akan menghadiri jemputan majlis dari tetamu yang datang menjemput kami ke majlis mereka... Pada malam ahad mereka akan mengulangkaji pelajaran serta membuat persiapan untuk ke sekolah pada pelajar-pelajar pagi... Begitulah jadual harian mereka di sini..



























