Search

Aktiviti 2009

Assalamualaikum wbt

Selamat berjumpa kembali.Maaf kerana sudah lama tidak memperbarui ruang ini.Anak-anak disini kebanyakannya kurang sihat kerana dijangkiti chicken fox. Aktiviti tetap berjalan seperti biasa,yang sakit kita kecualikan dari mengikuti nya. Mereka yang akan menduduki peperiksaan hujung tahun ini sibuk menyiapkan diri untuk menghadapi dengan mengikuti kelas-kelas tambahan disekolah dan dikelas-kelas tusyen berbayar. Latihan tubi tidak dilupakan.

Selain sibuk dengan pelajaran,anak-anak ini tetap kita memberi ruang untuk merehatkan minda mereka dengan melibatkan mereka dengan aktiviti seni. Dikelas seni ini mereka di ajar seni tarian,lakonan dan nyayian (nasyid). Dalam kelas teater mereka diajar menjadi seorang yang berani,tidak malu dan menyendiri.Dikelas seni ini juga kami mencungkil bakat mereka dalam penulisan dan lukisan.Selalunya kelas seni diadakan hujung minggu dengan bimbingan Cikgu Borhan dan rakan-rakannya.

Hari ini semua anak-anak dibudimulia menerima tetamu dari rakan muda Ipoh Barat.Keriangan yang terpancar diwajah mereka membayangkan keseronokan bersama abang dan kakak.Bermacam aktiviti yang jalankan oleh mereka bersama adek-adek.Selain aktiviti gotong royong mereka juga mengadakan sukaneka dan juga persembahan.

Cuti sekolah datang lagi.anak-anak disini tidak pulang bercuti.Ramai anak-anak akan menghadapi peperiksaan mengikuti kelas=kelas tusyien yang diadakan disekolah dan diluar. Pada 30-31 April,anak-anak yang menduduki PMR mengikuti motovasi di maktab Penguruan ulu Kinta.Anak-anak yang menduduki UPSR seperti biasa guru datang mengajar mereka di Budimulia.Oh ya.....pada 11 dan 12 june ini,pelajar Pmr akan mengikuti satu lagi motovasi diHotel Sri Malaysia. Kali ini mereka akan diajar teknik-teknik menjawab soalan.

Kelemahan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan amat nyata sekali.Ada diantara mereka,soalan yang mudah pun sukar untuk dijawab.Ini amat membimbangkan kami.Tak lupa juga mereka di bawa beriadah diluar asrama. Baru-baru ini mereka dibawa berjogging dipadang Polo. Musim panas ini kita bawa mereka mandi manda di Chepor.

Seperti anak-anak lain mereka mengisi masa lapang mereka dengan menonton tv.Masa cuti sekolah ini kita longgarkan sedikit aktiviti pelajaran mereka.Mereka boleh bermain tetapi tak lupa pada buku.Kerja sekolah harus disiapkan.

Baru-baru ini Ayam brand telah menghantar barang-barang makanan keluaran mereka.Terima kasih diatas sumbangan itu,dapat lah mereka merasai sesuatu makanan yang baru bagi mereka.

0 comments:

Activism Blogs - BlogCatalog Blog Directory Show all blogs