Search

Aktiviti Pembelajaran Anak-anak Budi Mulia

Pada 17.12.08, kami telah mendaftarkan anak-anak kami mengikuti kelas Smart Reader. Ini kerana kami menyedari bahawa anak-anak kami lemah dalam pelajaran. Masalah yang kami sedari ialah pelajar sekolah menengah pun masih belum boleh membaca dengan lancar dan apabila disoal sifir mudah juga tidak dapat menjawab dengan betul. Apatah lagi pelajar sekolah rendah.


Setelah selama sebulan lebih mereka mengikuti kelas Smart Reader, kami dapat melihat perubahan demi perubahan yang positif dalam pelajaran mereka. Kini mereka sudah boleh membaca dan menghafal sifir yang mudah dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Yang lebih mengembirakan kami apabila melihat mereka telah menunjukkan minat untuk belajar. Tidak seperti sebelum ini, untuk menyiapkan kerja rumah juga perlu disuruh terlebih dahulu. Sekarang mereka sudah faham tanggungjawab mereka sebagai pelajar dan masing-masing bersaing sesama mereka untuk memajukan diri dalam pelajaran.


Disamping itu, ada juga guru-guru yang datang untuk mengajar mereka di rumah pada waktu malam sebanyak 3kali dalam seminggu. Selain itu, kami juga menghantar anak-anak kami yang akan menduduki UPSR dan PMR ke 2 kelas tuisyen yang berasingan. Ini kerana kami mahu memberi mereka persediaan peperiksaan yang mencukupi selain usaha mereka sendiri. Pada waktu pagi, pelajar sekolah petang akan megikuti kelas agama sebelum ke sekolah manakala pelajar sekolah pagi pula akan megikuti kelas mengaji pada sebelah petang. Seperti biasa, setiap malam anak-anak kami akan duduk menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran masing-masing dari jam 9 mlm hingga 10.30 mlm.



0 comments:

Activism Blogs - BlogCatalog Blog Directory Show all blogs