Anak-anak disini amat lemah dari segi pelajaran. Lebih-lebih lagi dalam mata pelajaran sains dan matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris. Mereka semua amat lemah di dalam menguasai Bahasa Inggeris.Pihak pengurusan sudah membantu sedaya upaya untuk mengatasi masalah ini. Kami telah menghantar mereka ke kelas Smart Reader tetapi mereka masih juga belum menunjukkan kemajuan dan pencapaian yang memuaskan. Apabila menduduki ujian, mereka akan gagal. Ini kerana mereka tidak memahami soalan-soalan yang diberikan dalam bahasa inggeris.
Sekiranya ada cadangan atau kaedah pembelajaran yang berkesan sila kemukakan kepada kami. Pihak kami amat memerlukannya. Kami ada bercadang untuk mengupah guru bahasa inggeris untuk mengajar mereka tetapi bajet kewangan tidak mengizinkn buat masa terdekat ini. Sekiranya ada sesiapa yang ingin membantu dari segi tenaga mahupun kewangan, kami amat mengalu-alukannya.
Perkembangan Pembelajaran Anak-anak Budi Mulia...
Posted by Rumah Anak Yatim / Warga Miskin Budi Mulia Nurul Huda at Thursday, March 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)







1 comments:
Ajar lah dalam BM sains ngan matematik tu bagi diorang faham operasi nya dulu,,
Lepas tu bila dah faham asas pengiraan,,,baru la terjemah apa2 yg dlm BM tu ke BI...
-->>tu yg akak tentang PPSMI dari drj 1-drj 6 sebab asas operasi matematik lom manthob !!
p/s patut bawak anak-anak ni gi demo PPSMI..hehe
Post a Comment